03 Mei 2009

cahaya

kelam dirasa sungguh berpanjangan
gelora menongkah tanpa batasan
hanyut dibuai oleh perasaan
jurang dititi tiada amaran

sinar penyuluh menjadi harapan
agar jelas sebuah perjalanan
diharap kasih serta belaian
segenap saat menjadi tadahan

bingkisan cahaya telah dipamerkan
tersimpan teguh pada sisian
nyata dan jelas tanpa sangsian
yang tinggal hanya penelitian

pabila sinar mula dipancaran
kilauan terang tidak diendahkan
kukuh berteduh pada berangan
bayangan kelam menjadi taruhan

dikala cahaya telah terbitan
kelam menghilang tanpa bayangan
pelangi indah menjadi hamparan
itulah janji yang dinyatakan


TAHUKAH ANDA?
pembuka tin telah dicipta selepas 48tahun tin mula diperkenalkan

4 ulasan:

  1. perhatikan ayat2 nye dan semoga mendapat pelajaran bagi org2 yg mempunyai fikiran...

    BalasPadam
  2. :)...
    adakah orang ambil pelajaran?

    BalasPadam
  3. itulah masalahnye.....sbenarnya itulah yg lebih baik, kalau diorg tau...

    BalasPadam