17 November 2009

bualan angin

hembusan lembut menyapa malam...
kerlipan bintang menyinari kelam...
tarian daun penyeri suram...
lena dibuai angin tenteram...

angin menghembus membelai manja..
menyisir rambutmu bagai seroja...
bisikan halus melenakan jiwa....
dingin salju memberatkan raga...

angin meniti kisah perjalanan...
kelibat insan menjadi bualan...
penuh gelagat penuh rintihan...
dalam mengisi onak dan dugaan...

khabar ditebar menerusi angin...
gundah gelora menggolakkan batin...
kabut akal bagi menjalin...
jiwa pasrah menagih di pimpin...

angin menari seraya bersipu....
keletah manusia menjadi lagu...
depan mata terbentang penghulu...
hanya kehendak keras membatu...

13 November 2009

Di kala malam....

di kala malam....
kuberjalan mencari sinar......
agar dapat ku menyuluh....
langkah ku yang menyusur....
agar tak tersadung atau tertinggung.....

di kala malam....
ku mencari arah.....
agar hala ku tidak tersasar.....
terus melangkah tanpa gusar...
supaya destinasi kekal berdasar....

di kala malam.....
ku pinta ketenangan....
agar jiwa ku terus tenteram....
tiada ragu tiada gusar.....
mampu menangkis segala dugaan....

di kala malam....
ku mengharap siang....
agar sejahtera segala perjalanan....
langsung memikul segala tugasan....
kekal berjalan tatkala berhabisan......

di kala siang.....
ku tinggikan tangan....
ku ucap syukur di iringi linangan....
kelam berbalut dicurahi sinaran....
kemelut yang bertaut dikilasi ketetapan......

01 Ogos 2009

sembang panas!!!

aarrgghhhhh......
eerrkkk....yeahhhhhhh!!!!krup krap kraappppp!!!aaahhhhhhhhhhhhhhh!!!...
peerrrggghhh sedap betul kalau betulkan tulang belakang ni....heh.
hurrrmmmm dah lama aku tak sentuh blog sunyi aku nie....hehhehehehe...bz sungguh gamaknya aku nie sampai blog ni aku tak update.
orait here we go again. pasal dah lama aku tak godek blog nie... maka aku pun tak tau nak sembang apa....so for da warming up... sembang kosong dulu la.....[dah nama pun infosembang] hehehehehe.
awat aku lama tak update blog? aku pun tak tau....may be pasal kepenatan yang amat sngat kot. sambil menjalankan kehidupan biasa sambil tu juga memikirkan masalah negara terutama isu semasa.
hurrrmmm perlukah orang seperti aku memikirkan masalah negara? pada pendapat korang camana? perlukah "orang biasa" seperti "kite" ni fikirkan akan masalah negara! kite ada menteri, jabatan, kementrian, pihak berkuasa, pakar itu, pakar ini dan pelbagai lagi badan yang akan memikul tanggung jawab tersebut. jadi nape tidak serahkan jer pada mereka ye tak? wat per nak susah² kan pala otak ni tak. bukan dorang bayar pun kalau aku fikir. kan kan kan?

tapi dalam pada aku tak nak fikir, dia tetap terfikir akan masalah negara nie. kerana apa? kerana keadaan semasa skang ni, pendek kata ISU SEMASA. kalau aku belek surat khabar, tak kire la metro ker, berita harian ker, utusan malaysia ker, kosmo ker, news strait times ker, atau malay mail ker. tak kire la ruangan apa pun, dalam negeri atau global. tapi aku fokus dalam negeri la. pasti akan jumpe dgn perlbagai berita yang SANGAT KURANG SEDAP ATAU TAK NAK DI DGR KALAU BOLEH!. berita apa tu? HAAAAA!!!! berita pasal isteri dibogel dipukul sampai mati la, isteri orang di kurung di perkosa berbulan bulan, remaja dirogol, bapa rogol anak, wanita mengandung di ragut dan mati tempat kejadian, penipuan pakej umrah, penyelewengan wang derma, buang bayi merata rata, cerai berai sana sini, kes mahkamah yang tak sudah sudah, rompak sana sini, bergaduh sana sini, pecah rumah la, pecah kepala la, mat rempit la, dadah la, kemalangan bas terbang la, lori terbang, kereta melayang, dan pelbagai lagi la. ini baru seciput je aku nyatakan. kalau nak tau lebih lanjut baca la sok kaba, baca la sok kaba yang korang paham bahasanya, kalau bantai yang korang tak mahir bahasanya tak dpt la mesej yang nak di ceritakan. point aku mudah! aku ni dok kat negara mana ni beb? kata malaysia aman, sentosa la, gemilang la, terbilang la, makmur dan sebagainya. tapi bila belek balik sok kaba tu. HAH!!! bersepah bermacam masalah. hurrrrmm!!!! jadi mana bukti yang kata malaysia ni aman, sentosa dan pelbagai lagi keindahan yang dinyatakan. hurrrmmmm.....

minta maaf cakap, kalau bende yang aku sebut ni sensitip. tapi aku pun dok kat negara ni, negara malaysia yang ku cintai ni, namun kekadang aku pun takut nak berjalan kat negara sendiri bila aku baca pelbagai masalah yang terpampang kat dada akhbar. hurrrmmm sok sok bila aku dah kahwin dan ada anak, bertambah risau lagi aku nak bagi anak² aku kuar rumah. skang ni dah tahap camni? zaman anak² kita lak nanti camana? tak mustahil lagi teruk. may be lagi teruk dari india, somalia, thailand, filipina, dan pelbagai lagi negara.

hurrrmmm [berapa kali mengeluh daaaa]. adakah kite tidak terfikir akan kecelaruan yang sedang bergolak skang, adakah kite ni tidak terfikir akan akibat dari perbuatan tgn kite sendiri yang sewenang wenang melakukan kehuru haraan tanpa berdasarkan pada format yang sepatutnya. hehehe aku yakin pasti akan ada orang akan cakap, "cam dia tu bagus sagt tulis blog camni. cam baik sgt jer!!". aku tidak la mengatakan aku ni baik sgt, bagus gila atau pandai tahap genius. ni sekadar pandangan, aku duduk kat malaysia, anda pun duduk di malaysia [bagi pembaca yang duduk kat malaysia la, kalau dok kat congo, terpulang la pada anda]. so kite berkongsi isu semasa yang sama. kalau dalam keadaan begini masih lagi kite bersenang lenang. ADAKAH NAK TUNGGU JADI MACAM PALESTIN, BOSNIA HERSEGOVINA, CHEHZNYA. baru la kite nak berkata, aahh kita dalam masalah, dalam kecelaruan, dalam tak aman!!!! fikir fikirkan.


Tahukah anda?
fobia kepada ide atau idea digelar sebagai ideophobia

02 Julai 2009

lamunan ku tersentak

kcih kcih!!!buffhh!!! api lighter ku halakan pada muncung rokok. siiuupphhh ffuuhhhhh!!! berlari larian asap rokok keluar dari bibir. tengok jam henpon, baru pukul 9.01 pagi. ku sandarkan diri aku pada tembok longkang depan office. mataku sayup pandang ke langit biru, redup cuaca hari nie walaupun cerah. "ARRKK ARRRKKK ARRRKKK!!!". tetiba bunyi gagak memecah kesunyian lamunan pagi aku. dah la tolong pecahkan lamunan aku, pastu terbang hinggap berteggek dekat peti tnb bersebelahan je ngan aku. memula seko, pastu tambah lagi seko. "aih, ko panggil geng nampak". ngomel aku sorang sorang. sudah pastinya aku sorang je paham. gagak tu bukannya paham apa yang aku cakap. "ARRKK ARRKK", riuh si gagak tadi sambil kibas kan kepak tak cukup ngan tu siap daring lagi mata dia pandang aku. "ko nak rokok gak ker?". getus aku. dah la kaco lamunan ku. main daring lak ngan aku sambil tunjuk kemegahannya mengibaskan kepak. aku nak cuci mata tgk gadis gadis chumel pun tak senang.

hurrmmm sambil berasa tak berapa puas hati kerana lamunan ku telah tersentak. bila aku tgk gagak tu. terus terfikir sejenak. masa kecik kecik dulu [dalam era 80an, masa tu aku sekolah rendah]. ada iklan katun kat tv, terbitan filem negara malaysia. kisah sang gagak dgn jag air. hurrmmm dalam iklan tu, gagak terjumpa jag air, dalamnya terisi sedikit air lebih kurang suku sukatan dia. gagak tu pun nak minum la air tu. tapi sayang paruhnya tak sampai. namun tetiba gagak tu dpt ilham. di kutipnya batu lalu di bubuhkan ke dalam jag air tu. makin lama makin byk batu yang dibubuh. bila batu di bubuh maka air dalam jag tersebut makin lama makin naik. bila paruhnya dah boleh mencecah air tu, gagak tu berhenti tabur batu dalam jag dan minum air tersebut. selesai je minum terus sang gagak tu terbang ngan gembiranya.

proses akal aku berfikir lagi, camana sang gagak tu boleh dpt ilham untuk letakkan batu ke dalam jag tu?. nak kata dia belajar kat sekolah. dah tentu la merepek kan. maka tentu la ianya kurniaan yang maha mencipta. dan dari iklan tu boleh la aku kata ada pelajaran yang ingin dinyatakan. maybe ianya halus dan tersirat, malah perlu perhatikan dgn tenang, supaya dapat mesej yang ingin disampaikan. so bila aku fikir fikir balik, pelajaran dia mudah. apa yang berlaku tu merupakan satu permasalahan. jadi kite harus menggunakan fikiran untuk menyelesaikan masalah tersebut dan jgn putus asa. sebab tu dalam katun tu ditonjolkan gagak tersebut berterusan meletakkan batu hingga la ia dpt minum airnya. walaupun watak yang ditonjolkan itu adalah kotor, hina atau "taraf rendah"[ korang leh faham, kalau namanya gagak dah tentu itu yang kite biasa fikir seperti kebykan orang lain]. namun dgn menggunakan akal fikiran, gagak tersebut berjaya menonjolkan kelebihan dari sifatnya zahirnya tadi. jadi setiap apa yang berlaku di sekeliling kita pada waktu ini, patut diambil pelajaran. dan setiap kelemahan pasti ada kelebihan. kite je kene gerakkan akal.


TAHUKAH ANDA?
takut untuk berfikir atau pemikiran dipanggil "phronemophobia"

26 Jun 2009

panas sang suria

alamak!!!!.....
"beb, ko kene tolong aku beb!!". kalut si budak despatch ngadap aku. "apahal?" aku tanya lembut. "Sec despatch M.C da. tak menang tangan aku ni kang!!!". terang dia. "ko cover K.L boleh? tolong...", sambung dia sambil mengharap. "aku nak kene cover Bangi ngan subang, lagipun bangi tu ko yang soh aku pegi, pasal kolek cek, kan kan kan?". jelas dia lagi. betul gak, aku yang soh dia pegi bangi amik payment. kalau tak amik, aku pulak yang mampus. "Ok la bro, anggap je setel" aku balas ngan senyum sambil keluarkan sebatang rokok dari kotak dan terus nyalakan lalu sedut asap dia dalam dalam. "takkan sorang je kot? bak maih sebatang". sengih dia. "amik je la, cam tak bese, hahahaha" aku gelak ala penjahat dapat perempuan.

hurrmmmm lepas layan rokok sebatang, dak despatch tadi pun blah, pegi bangi la tu. aku tgk jam dah kol 10.30 pagi. aku masuk balik ofis, belek kat tray tgk apa dokumen nak kene anto. waduh tiga area nak kene redah. desa pandan, jalan duta ngan sri hartamas. ni kalau skang gerak ni mau kol 1 tgh baru balik ofis nie. ARRRGHHHH mesti panas menyeringai!!!!!. tapi apa kan daya keje tetap keje, bila orang dah amanatkan tugas. takkan nak langgar lak tugas tu. kang engkar aku lak yang kene pecat. kene pecat takde harapan dah nak keje kat situ balik.

aku pun amik segala dokumen pastu rekod dalam buku log, then capai helmet mdh cabuk aku pastu chiao. sepanjang perjalanan otak aku berfikir lagi secara spontan [kalau dah atas moto, bende apa lagi aku leh buat selain memikir sambil layan blues..hehehehe]. mentari pagi mula terik untuk mentransformasi ke tengahari. kalau dah panas camni mula hati ni berjoget nak duduk tempat redup. tempat yang sejuk, segar, serta ditemani gadis gadis cute lagi ....aahh susah ku nak gambarkan ngan kata kata. pendek kata cam syurga la.

lalu aku pun termenung seketika, akibat dari pemikiran aku tadi. bila panas mulalah orang gelisah, gelabah, tak senang duduk, tak selesa dan pelbagai lagi kecerewetan berlegar dihati [lebih dasyat lagi rasa kurang selesa itu dienakkan lagi ngan maki hamun dan kutukan]. bila semua simptom tu berlaku, mula hati ingin menghajatkan sesuatu yang opposite, tempat yang redup, teduh, berlindung, sejuk, nyaman, tenang dan pelbagai lagi. sifat manusia memang begitu kot. itu la yang dikatakan ramai yang tidak bersyukur. hurrrmmmm. panas terik sedikit kite dah "bising" siap "merungut". tapi tak sedar walau pun panas tapi masih "aman" [ada la sikit huru haranya spt masalah sosial dan keselamatan, but not worse]. kalau nak dibandingkan dah la panas pastu perang lak meletus.

kalau aku fikir balik, panas ni kalau kite nak simbolikkan atau simplifize kan [ringkaskan]. lebih kurang sama je ngan keadaan susah, bermasalah atau sulit. contohnya, kalau kite bermasalah, mesti kite akan gelisah, tak senang duduk, gelabah pastu mula mengharapkan penyelesaian, kelegaan dan kesyukuran. kalau panas kite nak teduh atau sejuk. kalau bermasalah atau sulit kite mesti nak penyelesaian dan kelegaan. namum bila dah terima keteduhan, redup, sejuk, penyelesaian, kelegaan dan tenang. adakah kite akan berterima kasih dan bersyukur?. hurrmm...
satu lagi yang sering bermain dikotak fikiran aku, bila sesuatu masalah tu dapat diseleasaikan. kite sering berkata, "sib baik aku bijak, setel gak akhirnya". persoalannya, nasib baik dan bijak tu anugerah dari siapa yer?......mudahnya kite menjadi sang kacang. pastu aku terpandang kanan. La, dah sampai rupanya. asyik jugak aku memikir. heheheheheheh.


TAHUKAH ANDA?
risau atau takut kat sinar mentari ni digelar sebagai "heliophobia"

25 Jun 2009

Hujan tu rahmat?

hurrrmmm....
Dah puas aku membuat nukilan nurani, kali nie nak sembang kosong lak, may be aku terapkan sedikit info dalam sembang kosong aku ni. Ok, semasa entry ni tgh ditulis [pepagi bute kol 1] hujan dah pun lama berenti. Tapi yang syoknyer, hujan hari ni lebat gila. Petang lak tu, sekitar lebih kurang pukul 6 petang. Aku masih lagi bertenggek kat koridor depan opis. Nak balik tak boleh, hujan lebat. So sambil aku menikmati hembusan bayu angin yang meniup serta belaian tempias sang air hujan [rasa cam kat genting siul ditambah lak ngan jerebu]. Aku pun mengambil sebatang rokok yang berada dalam kocek aku dan ku nyalakan ngan lighter tak seberapa. Aku sedut dalam dalam asap rokok lalu ku hembus pelan pelan. berlari lari asap kuar ikut mulut dan hidung.

Dalam pada dok layan nikmat merokok sambil merasai kesejukan hujan yang syahdu. Kotak fikiran aku bergerak dgn tetiba tatkala aku melihat titisan hujan yang lebat serta larian air yang deras [bukan la tahap kelajuan sungai tapi laju la jugak] menari di jalan tar. Tetiba terdetik seketika, orang kata hujan ni rahmat, lalu aku pun cube mendefinisikan rahmat yang digembar gemburkan oleh kebanyakan orang atau dah jadi tren turun temurun la [korang tanya budak kecik pun dorang kata bende sama]. Kalau pada yang dah kahwin tu, aku boleh faham la akan maksud rahmat yang dinyatakan lebih lebih lagi kalau kene hari khamis, heheheheh [faham sendiri sudah]. Tapi bagaimana pulak dengan erti kata umum.

Terfikir sejenak otak aku dikala tu, kalau takat hujan tapi tempoh masa kite amik la lebih kurang 2 jam. May be itu rahmat kerana membantu menyejukkan bumi, clearkan jerebu, suburkan tanaman, rapatkan suami isteri hehehehe, hilangkan bau busuk dan pelbagai lagi. Tapi persoalan dia? bagaimana lak kalau hujan tu melarat sampai 2 hari, aku yakin, dah tentu korang kata bala. Pasal apa? pasal pasti akan berlaku banjir, limpahan tadahan yang melebihi had, jalan rosak dan licin serta pelbagai lagi. HAH! camana lak halnya tu. Memula kata rahmat pastu di sabitkan ngan bala lak [pada yang jenih kurang sabo, rasanya dimakinya hujan tu]. hurrmmmm...

So apakah rahmat yang dimaksudkan tu? sambil dok bingung, aku ternampak gadis sunti melintas depan aku [chumel gak ngeee] sambil memegang payung. Terus ligat pala otak aku berjalan lagi. Hurrmm camana payung leh tercipta, ataupun camana sistem pengairan boleh dibina dan dihasilkan, camana empangan boleh terpacak, atau idea terowong smart boleh tercetus. Sudah tentu melalui proses permasalahan berkaitan air, dan sudah pasti hujan sinonimnya. Jadi, pada pandangan aku rahmat ni kite boleh mengertikannya sebagai pelajaran. Kerana apa? kerana let say, kite tak amik pelajaran atau rahmat dari hujan, maka pasti akan berlaku kerosakan akibat kelalaian kita sendiri sebagai contoh banjir, tanah runtuh, limpahan sungai dan pelbagai lagi. Malahan baju hujan, payung, empangan, sistem pengairan tentu tidak tercipta.

kite fikir lagi, masalah banjir kite ajukan, biasanya bila sebut banjir, pala otak mesti fikir sungai melimpah la, hakisan la, pokok kurang la dan tidak lupa pada sistem pengairan. Pasal masa belajo kat sekolah dulu, cikgu pun dah bagi tau, nak elak banjir mesti kene tanam byk pokok pasal nak bagi tanah kuat supaya tak berlaku hakisan lalu boleh menyebabkan sungai menjadi cetek dan sempit. Dan perkara tersebut masih berlaku hinnga kini. Itu bukti bahawa kite tak ambil rahmat tu tadi atau mudah kata pelajaran. Tambahan dengan nafsu ikut mahunya manusia ni, selagi bukit boleh di tarah, nak tarah je kejenya. Pemodenanla katakan. Tang sistem pengairan lak, kalau tak efisien, itu sudah salah satu faktor, ditambah lak lagi ngan karenah kite yang suke buang bahan tak sepatutnya ke dalam sistem pengairan tersebut. Bukan takat sampah, silap haribulan mayat pun buleh jumpe. Bila berlaku banjir mula la salahkan alam sekitar atau semula jadi. Walhal tangan kita sendiri yang membuat kerosakan serta tidak amik rahmat atau perlajaran. Fikir fikirkan.

Sambil syok layan fikiran ngan desiran angin hujan yang menyegarkan ni, ditokok lagi ngan asap rokok yang syahdu. Ehhh tau tau hujan dah benti. tgk rokok pun dah kat puntung dah [mujur tak sampai ke tgn]. Aku pun bangun sambil betulkan belikat, geliat lebih kurang pastu capai helmet start moto dan apa lagi.......balik umah la. hehehehehehe [aiseh lupa nak mintak no phone gadis tu]


TAHUKAH ANDA?
fobia kepada hujan digelar sebagai "ombrophobia"

24 Jun 2009

lupa

bila bangkit celik mata
terus bersiap pergi kerja
tatkala nafas disedut setiap masa
namun tetap masih terlupa

dikala perut mula meminta
isian penuh ditunai segera
bila duduk mula selesa
namun tetap masih terlupa

bulan genap waktunya tiba
tangan gatal mula terasa
tatkala terima apa yang dicita
namun tetap masih terlupa

waktu sulit datang melanda
hanya dia terlintas dimata
bila gembira menjadi berita
namun tetap masih terlupa

kasih dia telah ditinta
ada cinta yang ingin dinyata
perlu faham akan isinya
soalnya siapa masih terlupa


TAHUKAH ANDA?
takut kepada lupa atau dilupakan digelar "athazagoraphobia"

20 Jun 2009

cereka peribahasa

ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
kerana nila setitik rosak susu sebelanga
gajah depan mata, kuman diseberang yang dinampak
seperti lembu dicucuk hidung

cakapan sejengkal dibawa sehasta
air setitik dilautkan, tanah seketul digunungkan
guruh berdentum, air tempayan dicurahkan
bagai jelongak kerbau rampung

sudah terang lagi bersuluh
dayung sudah ditangan, perahu sudah di air
kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang

berakit-rakit dahulu, berenang-renang ke tepian,
bersakit-sakit dahulu, berenang-renang kemudian
bara yang digenggam biar sampai jadi arang
duduk sama rendah, berdiri sama tinggi

bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat
bukit sama didaki, lurah sama dituruni
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung


Tahukah anda?
takut kepada pendapat orang lain digelar "allodoxaphobia"

19 Jun 2009

sang merak

titisan hujan mula bergerak
lorekan lopak kian rancak
tarian daun mula berombak
dingin menghembus dikalangan sesak

kelibat manusia kian berasak
mengejar dunia diwaktu lasak
dibumi luas mereka terpacak
mungkin lurus mungkin rosak

naskah lama telah diselak
namun hasil tidak berganjak
apa mungkin tidak digasak
untuk mengerti ataupun tidak

apakah pinggang masih dicekak
untuk meneliti jawapan berpihak
bermegah diri bagai sang merak
tidak hirau keletah sang gagak

jaminankah emas dan perak
pada amanat yang lebih berhak
terang bersuluh masih tak nampak
sesal hujung tidak berguna kelak


TAHUKAH ANDA?
pengumpul duit kerta digelar sebagai "notaphilist"

18 Jun 2009

melankoli

dingin angin membelah sunyi
bayu membelai menghembus sepi
tirai langit menjadi saksi
sinar mentari menjadi paksi

diam kaku tegak berdiri
kelu lidah tidak berfungsi
terkilas bayang yang dikenali
melihat wajah yang di impi

menyapa khabar hajat dihati
ingin diucap tidak berani
terpandang cermin melihat diri
jelas tertera langit dan bumi

bunga puteri dibiar pergi
disudut jauh mata memerhati
redup wajah senyum sendiri
kelam sunyi menggamit hati

dunia sunyi kini sebati
hembusan keluh deras berlari
menongkah langit sambil menyendiri
ceria diukir perit disembunyi


TAHUKAH ANDA?
pengumpul setem digelar sebagai "philatelist"

17 Jun 2009

perubahan

kaki melangkah tiada arah
langit dilihat mata menongkah
hati gusar mula berserah
tuju sasar gerak dikerah

mencari cahaya dikala pasrah
detik bermula ingin berubah
kusut jiwa bercampur marah
impian bernoktah tidak diendah

harapan terletak pada risalah
jawapan tersimpan pada masalah
hikayat purba menjadi kisah
cerita semasa bandingan pengolah

hati keras perlu mengalah
perhati diri betulkan salah
dengar terang biar bertatah
agar gentar terus tabah

keluh dikikis jati diasah
tanah kering berganti basah
benih dipupuk baja dicurah
tumbuh menjulang pohon berhijrah


TAHUKAH ANDA?
pengumpul barangan antik atau lama di gelar sebagai "antiquarian"

10 Mei 2009

perjalanan

embun malam menghiasi taman
nyanyian pungguk rindukan bulan
anganan indah menjadi teman
mengimpikan sebuah kota idaman

dermaga emas hanya tinjauan
ulitan khayalan menjadi harapan
alunan merdu menjadi siulan
tinta pekat bagai hembusan

ikatan teguh tali tambatan
garis susunan menjadi panduan
ampuh langkah susur jalanan
empangan hujan jadi sasaran

nukilan harapan hanya simpanan
asyikan kota menjadi hamparan
malam siang tidak diendahkan
fikiran kosong tidak berjalan

angan terus menjadi khayalan
kaki melangkah tiada haluan
tatapi kisah sebuah perjalanan
apakah tiada diambil pelajaran


TAHUKAH ANDA?
tumbesaran kuku tangan 4 kali lebih pantas dari kuku kaki

04 Mei 2009

ceritera

sayup memandang tarian gelora
luas terbentang bayu melanda
lautan terhampar tiada nakhoda
hembusan dingin mengungkap cerita

kisah perwira menyata bicara
membawa risalah penuh bermakna
ungkapan indah bertutur kata
kasih sayang khabar gembira

riuh rendah suasana kota
pelbagai ragam juga budaya
angguk kepala menerima kata
ketawa senda menolak cerita

perwira teguh menyusun tinta
onak berduri dilangkah sedia
badai melanda terus bermara
kerana kasih serta cinta

amanat diberi tetap dijaga
nukilan lama terus terpelihara
ceritera misteri sebuah peta
membidik arah destinasi ternama


TAHUKAH ANDA?
manusia boleh hidup tanpa makanan selama sebulan, tapi hanya seminggu tanpa air

03 Mei 2009

cahaya

kelam dirasa sungguh berpanjangan
gelora menongkah tanpa batasan
hanyut dibuai oleh perasaan
jurang dititi tiada amaran

sinar penyuluh menjadi harapan
agar jelas sebuah perjalanan
diharap kasih serta belaian
segenap saat menjadi tadahan

bingkisan cahaya telah dipamerkan
tersimpan teguh pada sisian
nyata dan jelas tanpa sangsian
yang tinggal hanya penelitian

pabila sinar mula dipancaran
kilauan terang tidak diendahkan
kukuh berteduh pada berangan
bayangan kelam menjadi taruhan

dikala cahaya telah terbitan
kelam menghilang tanpa bayangan
pelangi indah menjadi hamparan
itulah janji yang dinyatakan


TAHUKAH ANDA?
pembuka tin telah dicipta selepas 48tahun tin mula diperkenalkan

02 Mei 2009

pencarian

detik masa berlalu pergi
tiap saat tanpa disedari
terus menerus tanpa berhenti
menyaksi sejarah berulang kali

bumi beredar pada paksi
tak pernah rehat walau seinci
menggalas tugas yang diberi
genggam amanat yang di patuhi

cinta nan indah yang dikuasai
suara seru tidak didengari
diri leka tidak memerhati
tiada hati untuk membahagi

penjelas arah berada disisi
namun dada tidak diisi
mengharap lautan yang sangsi
darat terbentang tidak mencari

adakah tunggu tirai dilabuhi
baru nak bangkit menyedari
dikala langkah kesana kemari
mungkin waktu sudah melewati


TAHUKAH ANDA?
matahari 330,330 kali lebih besar saiznya dari bumi

27 April 2009

Luahan hati ku...

aku duduk diam termanggu
memandang sepi langit membiru
mengharapkan pasti akan sesuatu
agar dapat memenuhi kekosonganku

aku keseorangan dalam berjuang
mengharap kasih insan penyayang
impian dikejar sering berpatah arang
yang diimpi tidak pernah mendatang

ku kini ibarat arca yang lusuh
terletak dipenjuru tidak disentuh
debu dan habuk menjamahi segenap tubuh
umpama menanti detik untuk meruntuh

kini masa bagai memandang sinis
menjelir dan mencebik seraya membengis
umpama menjelik pada sang pengemis
rinduku tegar kini bagai gerimis

dakwat dan pena tarian coretan kata
bagai mengimpi sebuah cereka bernama cinta
namun itu hanya angan yang ditertawa
hanya hiburan pada yang berpunya dan berada

menungku tersentak seketika
angan ku hilang entah kemana
kini ku sedar ku dimana

aku hanya insan yang terhina....


TAHUKAH ANDA?
buku ilustrasi untuk kanak² yang pertama di terbitkan adalah di jerman pada tahun 1658

22 April 2009

faham kah aku?

assalamualaikum,
orait bertemu lagi kite dalam coretan info aku nie. hurrrmmm rujuk pada tajuk yang terpampang kat atas tu, hehehehe apa jangkaan korang? tak tahu? takpe takpe, perkara kecil jer. ok kalau bersandar pada tajuk tersebut, FAHAMKAH AKU? tu sebenarnya adalah persoalan pada diri sendiri. tak kisah pada siapa. aku ke kamu ke mereka ker atau siapa sahaja yang ada kat muka bumi ni dan merasakan diri mereka itu manusia. kenapa aku cakap begitu? kerana manusia sahaja yang akan gunakan fikiran untuk semua persoalan bagi mendapatkan jawapan. so soalan dia adalah FAHAMKAH AKU? [tanya pada diri sendiri].

orait, tujuan aku ujudkan persoalan sebegini adalah untuk kite berkongsi corak kehidupan kite seharian. adakah anda faham akan apa sahaja yang anda buat? begitulah persoalan yang selalu kite abaikan. sebagai contoh: kalau akulah seorang pemandu teksi, adakah aku faham akan tugasan aku sebagai pemandu teksi. kalau nak kire tugasan pemandu teksi memang nampak simple, kalau just faham ala kadar, tapi pada hemat aku, pemandu teksi pun ada cabaran dia, bukan saja takat kene tau jalan, terror bawak teksi, malahan kene pandai jaga etika seperti senyum, budi bahasa, sopan santun, mesra dan sbgnya. tambahan lagi, mungkin kene juga pandai berbahasa seperti bahasa inggeris, kalau advance bahasa mandarin mahupun tamil. tu aku belum kire aspek risiko dan keselamatan [silap² kene belajar KARATE]. CABARAN BUKAN? jadi ianya akan jadi nampak lekeh pasal kite hanya faham luaran tak paham dalaman dia sekali.

jadi sesuatu bende tersebut akan nampak remeh dan lekeh kalau kite buat tanpa faham dgn betul, sebagai contoh: kite ambil perkara dari aspek membaca pulak, let say kite baca satu buku motivasi, kalau takat baca then habih kemudian simpan. agak agak dpt tak mesej yang ingin disampaikan dalam buku motivasi tersebut? PANDANGAN ANDA? [rasenya tak kan kan kan]. maka sepatutnya bila kite baca sesuatu buku @ apa sahaja bahan bacaan [tak kisah apa sahaja bahan bercetak atau yang boleh di lihat dgn mata], kite mesti membacanya serta memahaminya. mudah kata apabila kite mula sahaja membaca terus berfikir akan mesej yang ingin di luahkan dan fahamkan akan mesej tersebut. barulah bahan tersebut menjadi bahan bacaan. jika tidak sia sia lah mereka mencetak sampai beribu ribu naskah. betul tak? kalau ambil contoh tadi, buku motivasi takkan jadi buku motivasi kalau mesej tentang motivasi yang ingin ditonjolkan tak tersampai. [sama gak la ngan blog aku nie hehehehe].

ok, tu dari segi aspek pembacaan. sebenarnya buat sesuatu kene faham bukan hanya terkongkong pada membaca, mudah kate apabila kite celik mata dan hirup sedutan oksigen yang pertama je kite dah start kene faham apa tindakan kite pada waktu dan saat tersebut malahan pada saat serta minit yang berikut. APA SAHAJA. sebagai contoh: nape kite mandi? nape kite makan? nape kite kerja? nape beli moto? nape mengurat? nape beranak? nape hidup? nape mati? dan berbagai lagi nape la. kalau nak aku senaraikan semua, kang muntah darah pulak korang. heheheheheh. orait, untuk faham akan sesuatu bende atau perkara atau rutin dan bermacam lagi la, tak susah sebenarnya. KORANG HARUS SELALU UJUDKAN PERSOALAN DAN FIKIRKAN maka pasti korang akan dpt jawapan seterusnya faham. jadi mahu tak mahu korang tetap kene berfikir [rujuk coretan aku yang lepas], maka barulah korang leh faham. jadi aku tanya pada diri aku serta pembaca sekalian, FAHAMKAH KITE AKAN TUJUAN KITE HIDUP? mari kite sama² fikirkan.

TAHUKAH ANDA?
secara purata, manusia bernafas 23,000 kali sehari

20 April 2009

haruskah berfikir?

assalamualaikum.
hola kepada semua pembaca, bertemu lagi pada hari ini. orait coretan aku kali ni adalah berfikir. hurrrmmm, pelik ker? hehehehe. okeh, kebiasaanya bila orang sembang pasal fikir memikir nie ramai orang akan anggap remeh malahan mereka akan jangka mereka dah selalupun menggunakan pemikiran mereka. buktinya mereka boleh hidup sampai sekarang. yeap tak dinafikan dgn pemikiran tersebut mereka masih boleh survive dan survive dari segi kehidupan asas seperti makan, bergerak, tidur, bekerja, kahwin dan sebagainya. jadi, pemikiran apa plak yang ko maksudkan nie? hehehehe. mesti tu yang korang nak tanyakan kan kan kan.

Orait, dalam konteks coretan aku kali ni adalah pemikiran di luar kotak atau pemikiran interpertasi atau huraian. APA TU? aaaaa menarik kan kan kan. hek hek hek. ok pemikiran sebegini memerlukan permerhatian atau fokus yang tinggi bagi menghasil nilaian yang tersembunyi. sebagai contoh: bulatan. ok kalau pemikiran biasa bulatan hanya akan diliihat sebagai gelung yang boleh di buat sebagai hula hup ker, gelang ker, cawan ker, dan sbgnya. tapi kalau di lihat dari segi interpertasinya atau pemikiran secara halus dan tersirat, bulatan tu kite boleh gambarkan sebagai kesatuan atau bersatu padu, sebulat suara, janji yang dikota, suatu kitaran yang lengkap dan sebagainya. so itu bentuk pemikiran yang aku maksudkan.


biasanya pemikiran sebegini, ramai orang kata untuk insan seni, jadi perlukan bakat. tak semestinya, ok lihat balik coretan aku yang lepas, SENI DI MATA KORANG, semua orang adalah insan seni dan berjiwa seni, cume mereka je tak sedar dan tak lebihkan sedikit pemikiran mereka. cube korang buat, hayati sedikit persekitaran dan fikirkan bagaimana dan kenapa? let say bagaimana tuhan turunkan hujan dan kenapa? atau bagaimana bumi ni berpusing pada paksi dan kenapa? bagaimana boleh berlaku kepanasan global dan kenapa? secara tak langsung korang akan melatih pemikiran korang untuk menghayati sesuatu dan menghargainya. kerana apa yang berlaku pasti ada sebab dan punca, malah boleh dijadikan iktibar kalau korang menghayati. barulah timbul kesedaran.

JADI mulakan sekarang untuk berfikir, tak rugi pun, malah tak mengurangkan pun simpanan dalam akaun simpanan korang. heheheheheh. so untuk latihan yang mudah fikir akan diri sendiri dahulu seperti, KENAPA AKU HIDUP? DAN UNTUK APA AKU HIDUP?. so berani untuk berfikir? :)


TAHUKAH ANDA?
kecuali makanan itu bercampur dengan air liur dalam mulut anda, jika tidak anda tak mampu untuk menikmati rasanya.

14 April 2009

seni dimata korang?

hola geng, orait topik aku kali nie, "SENI". menarik ker? erm terpulang pada korang nak menilai. kalau aku tanya kat korang semua, "SIAPA PANDAI MELUKIS?" aku yakin hanya sekangkang kera je yang akan angkat tangan. betul tak?. heheheh, ok tu bukan poin aku. di sini aku nak jelaskan apa pandangan korang berkaitan dengan seni nie, kebanyakannya bila aku tanya pada orang kat luar sana, "apakah seni?" kebanyakan mereka pasti akan jawab, seni adalah lukisan, puisi, muzik, lakonan dan sebagainya. tapi tahukah korang seni itu lebih dari apa yang korang tampak! [pandangan aku]. kenapa aku cakap gitu?. ok ringkas jer sebenarnya, kalau sebut seni jer, minded kite automatik akan fikir seni tu lukisan atau ada kaitan dgn budaya. dah jadi cam ketetapan.

ok, kite permudahkan, sebenarnya seni tu merangkumi skop yang sangat luas, bukan sekadar tampak malah tidak nampak serta tanpa sedar. kalau yang tampak seperti yang aku nyatakan tadi cam lukisan, muzik, puisi, lakonan dan sbgnya. bagaimana pulak yang tidak nampak? yang tidak nampak tu adalah pemikiran kamu, pertuturan kamu, gaya kamu, habit kamu. dijelaskan lagi, corak pemikiran manusia senantiasa berlainan antara satu sama lain termasuk pemahaman mereka terhadap sesuatu perkara. ambil contoh cam cap jari, memasing punya patern, begitu juga dgn pemikiran, secara tak langsung itu adalah seni. seni pemikiran[cara selesaikan masalah, pahamkan sesuatu perkara, mengulas sesuatu objek dan sbgnya], seni pertuturan [bagaimana kamu lontarkan suara, gaya bertutur, susun atur kata dan sbgnya]. diteruskan lagi, yang tanpa sedar apa cite?, ok, tanpa sedar ni adalah pergerakan kamu sebenarnya, sebagai contoh cara bagaimana kamu berjalan, derapan tapak kaki kamu, teknik kamu melihat, berlari, makan, mimik muka dan sbgnya. kite ambil contoh: pernah tak kamu sedar kalu korang potong sayur tu adalah seni, pasti tak terfikir bukan, start dari kamu ambil sayur untuk di basuh, kemudian untuk memotong, cara menghayun pisau semua tu adalah seni, setiap pergerakan yang dilakukan tu tersebut adalah seni tapi tidak sedar pun. let say kite ambil aksi kite dalam keadaan 1000 frame sesaat kamu pasti akan kagum. ambil contoh dalam dokumentari TIME WARP [discovery channel]. korang pasti kagum.

jadi kalau kite ini merupakan seni yang sentiasa mempamerkan hasilnya tanpa disedari. maka seni yang paling agung adalah? yeah seni yang maha esa. bersyukurlah dgn apa yang diberi pada kite. ubahlah persepsi kite skang berkenaan seni hanya la coretan atas canvas atau kertas semata mata. kalau seseorang tu mengatakan "aku tak minat seni". maka bohong la, kenapa? cube tanya beliau, ko minat kereta apa? pasti dia akan jawab aku minat kereta sekian sekian, pasal dia laju, sporty dan elegant. so "sporty" dan "elegant" bukankah merujuk kepada rekabentuk dan kecantikannya malah ianya pasti berkait rapat dgn seni. betul tak? [terror ubah suai enjin pun still seni]

orait, sekian sahaja nukilan pada kali ni. ada topik lain aku sembang dan berinfomasi lagi. sampai jumpe lagi rite.

TAHUKAH ANDA?
lampu isyarat telah digunakan sebelum terciptanya kereta.

13 April 2009

minum air?

ok, bertemu lagi hari ni. so sembang aku hari ni adalah berkaitan air. hurrmmm nape kene minum air ye? biasanye tu la alasan yang biasa kite buat dan dgr bila orang suruh kite minum air terutama air kosong. ada beberapa sebab kenapa kite "KENE MINUM AIR KOSONG". antara sebabnya ialah lihat pada tubuh badan sendiri, semua orang pernah belajar sains masa sekolah menengah. dan pernah pun mendengar 70 - 80% isi kandung dalam badan kite adalah air. [kalau salah betulkan]

apa pentingnya angka tu? kalau aku xplain dalam bentuk metafizik atau perkiraan biokimia, aku yakin sepatah kilas korang tak paham [termasuk aku hehehe]. tapi cube korang bayangkan camni, badan korang tu adalah kolam air, organ dalam badan korang tu adalah ikan atau hidupan air [korang letak apa korang suke, katak ker, siput sedut ke], then dinding kolam air tu kulit korang, akhir sekali 70 - 80% tu korang anggarkan 100% air dalam kolam tu.

simulasi dia begini, let say 100% air dalam kolam tu telah menyusut jadi 60% peratus sahaja akibat penyejatan mentari dan tak di refill. so apa jadi pada kolam tu? pertama ikan @ hidupan air tu akan kepenatan kerana berlaku kepanasan berlebihan, kedua korang akan tgk ikan tu macam gelupur pasal kurang oksigen akibat kepanasan tadi, ketiga dinding kolam tu akan menjadi panas dan kering [korang leh tgk cam plaster nak merekah kalau guna jubin la].

apa kaitannya? ok sama juga dgn badan kita. kalau kite kurang minum air begitula yang terjadi dgn badan kite, kite akan mudah kurang oksigen yang mana mengakibatkan mudah sakit kepala dan sukar tidur. seterusnya kulit kite akan mudah kering dan merekah [cube tgk tanah kat gurun tu, kering, panas dan merekahkan. bandingkan dgn tanah tepi sungai, lembab, sejuk dan padat]. itu yang jarang kite nampak. kite selalu mengeluh nape la kulit kering la kasar la dan sbgnya. sebenarnya kite kurang minum air "AIR KOSONG TAU" bukan bantai kopi la sirap la milo la. ok untuk wanita sekurang² kene 2 - 2.5 L [1 mineral besar + 2 mineral kecil] setiap hari, manakala lelaki pulak kene minum sekurang² 2.5 - 3 L.
lelaki kene minum bayk pasal lelaki lebih byk melakukan aktiviti berbanding wanita.

selain apa yang dinyatakan di atas, air jugak adalah ajen penyingkiran toksik dalam badan [bukan ejen FBI yer] yang mana air akan membuang sisa toksin melalui saluran yang betul. seperti perpeluhan dan pembuangan air kecil. jadi jelas la di sini air sgt penting dalam badan "sekali lagi AIR KOSONG TAU". pernah dengar saranan kerajaan "MINUM LAPAN GELAS AIR SEHARI" so apa lagi sahut la.

eerrmm panjang sgt kot nie.... hehehehe
ok sampai jumpe lagi dalam coretan seterusnya....

TAHUKAH ANDA?
kereta ford yang pertama menggunakan enjin dodge.

salam perkenalan

assalamualaikum,
pekaba dan harap sihat semua, aku nak ucapkan terima kasih kepada sesapa yang membaca ruangan aku ini. ok ruangan yang aku buat ni bukanla ruangan formaliti atau protokol yang mana, tatabahasa nak kene jaga atau perlu untuk mengikut skema bahasa baku. korang leh guna bahasa yang korang selesa untuk bersembang. tapi jangan la guna bahasa lucah atau kesat. ok, tu je yang aku mintak.

ruangan ni aku ujudkan pasal nak kongsi serba sedikit ilmu yang aku ada, pendek kate sambil aku sembang atau merapu kat dalam ni, aku akan selitkan info, perkara penting dan ilmu yang mana kite leh kongsi. yang mana bagus untuk korang dan korang rase nak guna pakai dalam kehidupan seharian korang, silakan. sebab tu aku namakan ruangan blog aku ni sebagai INFO SEMBANG [sambil sembang sambil berinfo].

dalam ni mungkin aku akan bercerita, bagi maklumat, buat puisi, kata pujangga, petikan, kisah motivasi dan sebagainya. kalau korang rasa bagus bagi tau ok. sesama kite sembang dan diskus orait.

sampai jumpe lagi dalam coretan akan datang.