17 Jun 2009

perubahan

kaki melangkah tiada arah
langit dilihat mata menongkah
hati gusar mula berserah
tuju sasar gerak dikerah

mencari cahaya dikala pasrah
detik bermula ingin berubah
kusut jiwa bercampur marah
impian bernoktah tidak diendah

harapan terletak pada risalah
jawapan tersimpan pada masalah
hikayat purba menjadi kisah
cerita semasa bandingan pengolah

hati keras perlu mengalah
perhati diri betulkan salah
dengar terang biar bertatah
agar gentar terus tabah

keluh dikikis jati diasah
tanah kering berganti basah
benih dipupuk baja dicurah
tumbuh menjulang pohon berhijrah


TAHUKAH ANDA?
pengumpul barangan antik atau lama di gelar sebagai "antiquarian"

2 ulasan:

  1. sudah lama kamu tidak mengupdate blog ni..
    mujur tiada sawang yg menganggu..

    =)

    BalasPadam
  2. hehehehe....
    ada sedikit kesusahan teknikal...
    tu yang sepi sekejap...
    eemm any how thx for the comment...

    ^_^

    BalasPadam