22 Julai 2011

JAGA!!!!

hurrmmm!!!....

menjaga perasaan!!!!!...itu la kaedah manusia yang kononnya untuk menjaga sesuatu keeratan dalam sesebuah perhubungan dan jalinan ikatan sesama manusia.....untuk mengekalkan hubungan tersebut...maka akan ada suatu pihak yang senantiasa beralah untuk keharmonian agar situasi itu tidak berserabut, celaru, huru hara, tegang, genting....aaaahhh ko namakan apa sahaja situasi yang kurang menyenangkan dan tidak selesa....mungkin juga ko bleh kategorikan sebagai hangin atau marah.....bila satu pihak yang lain terasa atau tersentuh dgn gurauan, kata², perbuatan dan mimikan muka.....lantas dgn mudah pihak yang melakukan perkara itu berkata atau memberi alasan.....SIKIT SIKIT RAJUK, TERASA, SENTAP, TOUCHING dan sebagainya la yang biasa korang guna bahasanya....

KMON la.....ini bukan soal nak sentap ke nak touching ker nak terasa ker nak bengang ker....ini soal situasi yang berlaku pada yang terkena tu....korang maybe tak tau dia tgh penat ker, ada malasah ker, stress ker, sakit ker datang bulan ker tekanan darah tinggi ker dan sebagainya pastu dengan suka hati mak, bapak, atuk, nenek korang perkenakan dia kemudian counter dgn ayat yang sgt INDAH DAH MUDAH NYA DI NYATAKAN......"ELEH ITU PUN NAK SENTAP, TOUCHING, TERASA, MERAJUK". mudahkan nak nyatakan ayat tu tanpa rasa bersalah malah siap ada unsur riak dan penuh kebanggaan serta seolah olah puas dpt mengenakan orang.....

AKU NAK TANYA MUDAH....kalau BENDE DAN SITUASI CAMTU, TERKENA SEDAS, SETEPEK, MELEKAT PEKAT PAIT KAT MUKA KORANG!!!!.... tau la pulak, RETI LA PULAK nak sentap nak marah nak hangin nak bengangnya......SO SESAMA la hormati dan jaga perasaan orang lain.......JANGAN FIKIR ATAS DUNIA NI ko jer yang ada peraasaan dan orang lain perlu jaga perasaan ko.......orait!!!!!

BIAR SESAMA HEPI HIDUP KAT MUKA BUMI NI BHAI.....

ADIOS!!!!!!!

20 Julai 2011

menonjol?

huh!!!...

Apa yang aku perbuat adalah untuk menonjol???? aku nak TONJOL pada siapa???....
siapa yang nak menonton dan "observe" apa yang aku lakukan??? who the hell am i for ppl to pay attention for?......i am nobody even not somebody!!!! setiap perkara yang aku lakukan atas muka bumi ini adalah kerana aku perlu lakukan....bukan aku lakukan kerana nak dptkan perhatian oleh sesiapa....

bukan ke selama ni tak pernah ada orang beri perhatian pun terhadap apa yang aku perbuat....malahan di siniskan dan di malukan...dan aku hanya pendamkan dalam hati segala kesakitan yang aku lalui dengan mencorakkan senyuman di wajah untuk menggembirakan makhluk sekeliling....seolah olah tiada apa yang berlaku...seolah olah aku ni tidak memiliki segumpal darah yang di namakan hati....adakah itu "perhatian" yang di maksudkan....hahahahahaha cmon la.....im just do it what i think i have to do it.....jgn risau....dgn keadaan aku yang serba kekurangan ni.......aku tak akan mampu menggugat kerharmonian sesiapa....just like i said b4......IM JUST NOBODY.......understand it....its just a simple quote....

adios!!!!

18 Julai 2011

FUN.

hahaha....

becoz of my physical and personalities...ppl always make fun of me.....humiliated, insulted me ....not even once thinking of my dignity, waterface and much more important my heart and my feeling. Lucky for them coz im used to it. Nahhh...maybe that the nature of human being who have a perfect life, work, form, body and faces. To them, a creature like me is just a toy for make fun to satisfied their pride and to kill the boredness in their heart. Are they noticed? i am also a human being who have HEART and FEELING. A person who can feel the sadness, embarrassed, uncomfortable, and much more important PAIN.....are they know it??? are they noticed it???? are they see it?????

Now i know....all the ppl in the world are the same...whether they have recieved the guidance or not...its just the same!!!!....REAAAALLLLYY LOVED to doubled standard and looking down to other ppl just becoz they got all the thing so called perfection.

Thanx world coz created me.

17 November 2009

bualan angin

hembusan lembut menyapa malam...
kerlipan bintang menyinari kelam...
tarian daun penyeri suram...
lena dibuai angin tenteram...

angin menghembus membelai manja..
menyisir rambutmu bagai seroja...
bisikan halus melenakan jiwa....
dingin salju memberatkan raga...

angin meniti kisah perjalanan...
kelibat insan menjadi bualan...
penuh gelagat penuh rintihan...
dalam mengisi onak dan dugaan...

khabar ditebar menerusi angin...
gundah gelora menggolakkan batin...
kabut akal bagi menjalin...
jiwa pasrah menagih di pimpin...

angin menari seraya bersipu....
keletah manusia menjadi lagu...
depan mata terbentang penghulu...
hanya kehendak keras membatu...

13 November 2009

Di kala malam....

di kala malam....
kuberjalan mencari sinar......
agar dapat ku menyuluh....
langkah ku yang menyusur....
agar tak tersadung atau tertinggung.....

di kala malam....
ku mencari arah.....
agar hala ku tidak tersasar.....
terus melangkah tanpa gusar...
supaya destinasi kekal berdasar....

di kala malam.....
ku pinta ketenangan....
agar jiwa ku terus tenteram....
tiada ragu tiada gusar.....
mampu menangkis segala dugaan....

di kala malam....
ku mengharap siang....
agar sejahtera segala perjalanan....
langsung memikul segala tugasan....
kekal berjalan tatkala berhabisan......

di kala siang.....
ku tinggikan tangan....
ku ucap syukur di iringi linangan....
kelam berbalut dicurahi sinaran....
kemelut yang bertaut dikilasi ketetapan......

01 Ogos 2009

sembang panas!!!

aarrgghhhhh......
eerrkkk....yeahhhhhhh!!!!krup krap kraappppp!!!aaahhhhhhhhhhhhhhh!!!...
peerrrggghhh sedap betul kalau betulkan tulang belakang ni....heh.
hurrrmmmm dah lama aku tak sentuh blog sunyi aku nie....hehhehehehe...bz sungguh gamaknya aku nie sampai blog ni aku tak update.
orait here we go again. pasal dah lama aku tak godek blog nie... maka aku pun tak tau nak sembang apa....so for da warming up... sembang kosong dulu la.....[dah nama pun infosembang] hehehehehe.
awat aku lama tak update blog? aku pun tak tau....may be pasal kepenatan yang amat sngat kot. sambil menjalankan kehidupan biasa sambil tu juga memikirkan masalah negara terutama isu semasa.
hurrrmmm perlukah orang seperti aku memikirkan masalah negara? pada pendapat korang camana? perlukah "orang biasa" seperti "kite" ni fikirkan akan masalah negara! kite ada menteri, jabatan, kementrian, pihak berkuasa, pakar itu, pakar ini dan pelbagai lagi badan yang akan memikul tanggung jawab tersebut. jadi nape tidak serahkan jer pada mereka ye tak? wat per nak susah² kan pala otak ni tak. bukan dorang bayar pun kalau aku fikir. kan kan kan?

tapi dalam pada aku tak nak fikir, dia tetap terfikir akan masalah negara nie. kerana apa? kerana keadaan semasa skang ni, pendek kata ISU SEMASA. kalau aku belek surat khabar, tak kire la metro ker, berita harian ker, utusan malaysia ker, kosmo ker, news strait times ker, atau malay mail ker. tak kire la ruangan apa pun, dalam negeri atau global. tapi aku fokus dalam negeri la. pasti akan jumpe dgn perlbagai berita yang SANGAT KURANG SEDAP ATAU TAK NAK DI DGR KALAU BOLEH!. berita apa tu? HAAAAA!!!! berita pasal isteri dibogel dipukul sampai mati la, isteri orang di kurung di perkosa berbulan bulan, remaja dirogol, bapa rogol anak, wanita mengandung di ragut dan mati tempat kejadian, penipuan pakej umrah, penyelewengan wang derma, buang bayi merata rata, cerai berai sana sini, kes mahkamah yang tak sudah sudah, rompak sana sini, bergaduh sana sini, pecah rumah la, pecah kepala la, mat rempit la, dadah la, kemalangan bas terbang la, lori terbang, kereta melayang, dan pelbagai lagi la. ini baru seciput je aku nyatakan. kalau nak tau lebih lanjut baca la sok kaba, baca la sok kaba yang korang paham bahasanya, kalau bantai yang korang tak mahir bahasanya tak dpt la mesej yang nak di ceritakan. point aku mudah! aku ni dok kat negara mana ni beb? kata malaysia aman, sentosa la, gemilang la, terbilang la, makmur dan sebagainya. tapi bila belek balik sok kaba tu. HAH!!! bersepah bermacam masalah. hurrrrmm!!!! jadi mana bukti yang kata malaysia ni aman, sentosa dan pelbagai lagi keindahan yang dinyatakan. hurrrmmmm.....

minta maaf cakap, kalau bende yang aku sebut ni sensitip. tapi aku pun dok kat negara ni, negara malaysia yang ku cintai ni, namun kekadang aku pun takut nak berjalan kat negara sendiri bila aku baca pelbagai masalah yang terpampang kat dada akhbar. hurrrmmm sok sok bila aku dah kahwin dan ada anak, bertambah risau lagi aku nak bagi anak² aku kuar rumah. skang ni dah tahap camni? zaman anak² kita lak nanti camana? tak mustahil lagi teruk. may be lagi teruk dari india, somalia, thailand, filipina, dan pelbagai lagi negara.

hurrrmmm [berapa kali mengeluh daaaa]. adakah kite tidak terfikir akan kecelaruan yang sedang bergolak skang, adakah kite ni tidak terfikir akan akibat dari perbuatan tgn kite sendiri yang sewenang wenang melakukan kehuru haraan tanpa berdasarkan pada format yang sepatutnya. hehehe aku yakin pasti akan ada orang akan cakap, "cam dia tu bagus sagt tulis blog camni. cam baik sgt jer!!". aku tidak la mengatakan aku ni baik sgt, bagus gila atau pandai tahap genius. ni sekadar pandangan, aku duduk kat malaysia, anda pun duduk di malaysia [bagi pembaca yang duduk kat malaysia la, kalau dok kat congo, terpulang la pada anda]. so kite berkongsi isu semasa yang sama. kalau dalam keadaan begini masih lagi kite bersenang lenang. ADAKAH NAK TUNGGU JADI MACAM PALESTIN, BOSNIA HERSEGOVINA, CHEHZNYA. baru la kite nak berkata, aahh kita dalam masalah, dalam kecelaruan, dalam tak aman!!!! fikir fikirkan.


Tahukah anda?
fobia kepada ide atau idea digelar sebagai ideophobia

02 Julai 2009

lamunan ku tersentak

kcih kcih!!!buffhh!!! api lighter ku halakan pada muncung rokok. siiuupphhh ffuuhhhhh!!! berlari larian asap rokok keluar dari bibir. tengok jam henpon, baru pukul 9.01 pagi. ku sandarkan diri aku pada tembok longkang depan office. mataku sayup pandang ke langit biru, redup cuaca hari nie walaupun cerah. "ARRKK ARRRKKK ARRRKKK!!!". tetiba bunyi gagak memecah kesunyian lamunan pagi aku. dah la tolong pecahkan lamunan aku, pastu terbang hinggap berteggek dekat peti tnb bersebelahan je ngan aku. memula seko, pastu tambah lagi seko. "aih, ko panggil geng nampak". ngomel aku sorang sorang. sudah pastinya aku sorang je paham. gagak tu bukannya paham apa yang aku cakap. "ARRKK ARRKK", riuh si gagak tadi sambil kibas kan kepak tak cukup ngan tu siap daring lagi mata dia pandang aku. "ko nak rokok gak ker?". getus aku. dah la kaco lamunan ku. main daring lak ngan aku sambil tunjuk kemegahannya mengibaskan kepak. aku nak cuci mata tgk gadis gadis chumel pun tak senang.

hurrmmm sambil berasa tak berapa puas hati kerana lamunan ku telah tersentak. bila aku tgk gagak tu. terus terfikir sejenak. masa kecik kecik dulu [dalam era 80an, masa tu aku sekolah rendah]. ada iklan katun kat tv, terbitan filem negara malaysia. kisah sang gagak dgn jag air. hurrmmm dalam iklan tu, gagak terjumpa jag air, dalamnya terisi sedikit air lebih kurang suku sukatan dia. gagak tu pun nak minum la air tu. tapi sayang paruhnya tak sampai. namun tetiba gagak tu dpt ilham. di kutipnya batu lalu di bubuhkan ke dalam jag air tu. makin lama makin byk batu yang dibubuh. bila batu di bubuh maka air dalam jag tersebut makin lama makin naik. bila paruhnya dah boleh mencecah air tu, gagak tu berhenti tabur batu dalam jag dan minum air tersebut. selesai je minum terus sang gagak tu terbang ngan gembiranya.

proses akal aku berfikir lagi, camana sang gagak tu boleh dpt ilham untuk letakkan batu ke dalam jag tu?. nak kata dia belajar kat sekolah. dah tentu la merepek kan. maka tentu la ianya kurniaan yang maha mencipta. dan dari iklan tu boleh la aku kata ada pelajaran yang ingin dinyatakan. maybe ianya halus dan tersirat, malah perlu perhatikan dgn tenang, supaya dapat mesej yang ingin disampaikan. so bila aku fikir fikir balik, pelajaran dia mudah. apa yang berlaku tu merupakan satu permasalahan. jadi kite harus menggunakan fikiran untuk menyelesaikan masalah tersebut dan jgn putus asa. sebab tu dalam katun tu ditonjolkan gagak tersebut berterusan meletakkan batu hingga la ia dpt minum airnya. walaupun watak yang ditonjolkan itu adalah kotor, hina atau "taraf rendah"[ korang leh faham, kalau namanya gagak dah tentu itu yang kite biasa fikir seperti kebykan orang lain]. namun dgn menggunakan akal fikiran, gagak tersebut berjaya menonjolkan kelebihan dari sifatnya zahirnya tadi. jadi setiap apa yang berlaku di sekeliling kita pada waktu ini, patut diambil pelajaran. dan setiap kelemahan pasti ada kelebihan. kite je kene gerakkan akal.


TAHUKAH ANDA?
takut untuk berfikir atau pemikiran dipanggil "phronemophobia"