26 Jun 2009

panas sang suria

alamak!!!!.....
"beb, ko kene tolong aku beb!!". kalut si budak despatch ngadap aku. "apahal?" aku tanya lembut. "Sec despatch M.C da. tak menang tangan aku ni kang!!!". terang dia. "ko cover K.L boleh? tolong...", sambung dia sambil mengharap. "aku nak kene cover Bangi ngan subang, lagipun bangi tu ko yang soh aku pegi, pasal kolek cek, kan kan kan?". jelas dia lagi. betul gak, aku yang soh dia pegi bangi amik payment. kalau tak amik, aku pulak yang mampus. "Ok la bro, anggap je setel" aku balas ngan senyum sambil keluarkan sebatang rokok dari kotak dan terus nyalakan lalu sedut asap dia dalam dalam. "takkan sorang je kot? bak maih sebatang". sengih dia. "amik je la, cam tak bese, hahahaha" aku gelak ala penjahat dapat perempuan.

hurrmmmm lepas layan rokok sebatang, dak despatch tadi pun blah, pegi bangi la tu. aku tgk jam dah kol 10.30 pagi. aku masuk balik ofis, belek kat tray tgk apa dokumen nak kene anto. waduh tiga area nak kene redah. desa pandan, jalan duta ngan sri hartamas. ni kalau skang gerak ni mau kol 1 tgh baru balik ofis nie. ARRRGHHHH mesti panas menyeringai!!!!!. tapi apa kan daya keje tetap keje, bila orang dah amanatkan tugas. takkan nak langgar lak tugas tu. kang engkar aku lak yang kene pecat. kene pecat takde harapan dah nak keje kat situ balik.

aku pun amik segala dokumen pastu rekod dalam buku log, then capai helmet mdh cabuk aku pastu chiao. sepanjang perjalanan otak aku berfikir lagi secara spontan [kalau dah atas moto, bende apa lagi aku leh buat selain memikir sambil layan blues..hehehehe]. mentari pagi mula terik untuk mentransformasi ke tengahari. kalau dah panas camni mula hati ni berjoget nak duduk tempat redup. tempat yang sejuk, segar, serta ditemani gadis gadis cute lagi ....aahh susah ku nak gambarkan ngan kata kata. pendek kata cam syurga la.

lalu aku pun termenung seketika, akibat dari pemikiran aku tadi. bila panas mulalah orang gelisah, gelabah, tak senang duduk, tak selesa dan pelbagai lagi kecerewetan berlegar dihati [lebih dasyat lagi rasa kurang selesa itu dienakkan lagi ngan maki hamun dan kutukan]. bila semua simptom tu berlaku, mula hati ingin menghajatkan sesuatu yang opposite, tempat yang redup, teduh, berlindung, sejuk, nyaman, tenang dan pelbagai lagi. sifat manusia memang begitu kot. itu la yang dikatakan ramai yang tidak bersyukur. hurrrmmmm. panas terik sedikit kite dah "bising" siap "merungut". tapi tak sedar walau pun panas tapi masih "aman" [ada la sikit huru haranya spt masalah sosial dan keselamatan, but not worse]. kalau nak dibandingkan dah la panas pastu perang lak meletus.

kalau aku fikir balik, panas ni kalau kite nak simbolikkan atau simplifize kan [ringkaskan]. lebih kurang sama je ngan keadaan susah, bermasalah atau sulit. contohnya, kalau kite bermasalah, mesti kite akan gelisah, tak senang duduk, gelabah pastu mula mengharapkan penyelesaian, kelegaan dan kesyukuran. kalau panas kite nak teduh atau sejuk. kalau bermasalah atau sulit kite mesti nak penyelesaian dan kelegaan. namum bila dah terima keteduhan, redup, sejuk, penyelesaian, kelegaan dan tenang. adakah kite akan berterima kasih dan bersyukur?. hurrmm...
satu lagi yang sering bermain dikotak fikiran aku, bila sesuatu masalah tu dapat diseleasaikan. kite sering berkata, "sib baik aku bijak, setel gak akhirnya". persoalannya, nasib baik dan bijak tu anugerah dari siapa yer?......mudahnya kite menjadi sang kacang. pastu aku terpandang kanan. La, dah sampai rupanya. asyik jugak aku memikir. heheheheheheh.


TAHUKAH ANDA?
risau atau takut kat sinar mentari ni digelar sebagai "heliophobia"

25 Jun 2009

Hujan tu rahmat?

hurrrmmm....
Dah puas aku membuat nukilan nurani, kali nie nak sembang kosong lak, may be aku terapkan sedikit info dalam sembang kosong aku ni. Ok, semasa entry ni tgh ditulis [pepagi bute kol 1] hujan dah pun lama berenti. Tapi yang syoknyer, hujan hari ni lebat gila. Petang lak tu, sekitar lebih kurang pukul 6 petang. Aku masih lagi bertenggek kat koridor depan opis. Nak balik tak boleh, hujan lebat. So sambil aku menikmati hembusan bayu angin yang meniup serta belaian tempias sang air hujan [rasa cam kat genting siul ditambah lak ngan jerebu]. Aku pun mengambil sebatang rokok yang berada dalam kocek aku dan ku nyalakan ngan lighter tak seberapa. Aku sedut dalam dalam asap rokok lalu ku hembus pelan pelan. berlari lari asap kuar ikut mulut dan hidung.

Dalam pada dok layan nikmat merokok sambil merasai kesejukan hujan yang syahdu. Kotak fikiran aku bergerak dgn tetiba tatkala aku melihat titisan hujan yang lebat serta larian air yang deras [bukan la tahap kelajuan sungai tapi laju la jugak] menari di jalan tar. Tetiba terdetik seketika, orang kata hujan ni rahmat, lalu aku pun cube mendefinisikan rahmat yang digembar gemburkan oleh kebanyakan orang atau dah jadi tren turun temurun la [korang tanya budak kecik pun dorang kata bende sama]. Kalau pada yang dah kahwin tu, aku boleh faham la akan maksud rahmat yang dinyatakan lebih lebih lagi kalau kene hari khamis, heheheheh [faham sendiri sudah]. Tapi bagaimana pulak dengan erti kata umum.

Terfikir sejenak otak aku dikala tu, kalau takat hujan tapi tempoh masa kite amik la lebih kurang 2 jam. May be itu rahmat kerana membantu menyejukkan bumi, clearkan jerebu, suburkan tanaman, rapatkan suami isteri hehehehe, hilangkan bau busuk dan pelbagai lagi. Tapi persoalan dia? bagaimana lak kalau hujan tu melarat sampai 2 hari, aku yakin, dah tentu korang kata bala. Pasal apa? pasal pasti akan berlaku banjir, limpahan tadahan yang melebihi had, jalan rosak dan licin serta pelbagai lagi. HAH! camana lak halnya tu. Memula kata rahmat pastu di sabitkan ngan bala lak [pada yang jenih kurang sabo, rasanya dimakinya hujan tu]. hurrmmmm...

So apakah rahmat yang dimaksudkan tu? sambil dok bingung, aku ternampak gadis sunti melintas depan aku [chumel gak ngeee] sambil memegang payung. Terus ligat pala otak aku berjalan lagi. Hurrmm camana payung leh tercipta, ataupun camana sistem pengairan boleh dibina dan dihasilkan, camana empangan boleh terpacak, atau idea terowong smart boleh tercetus. Sudah tentu melalui proses permasalahan berkaitan air, dan sudah pasti hujan sinonimnya. Jadi, pada pandangan aku rahmat ni kite boleh mengertikannya sebagai pelajaran. Kerana apa? kerana let say, kite tak amik pelajaran atau rahmat dari hujan, maka pasti akan berlaku kerosakan akibat kelalaian kita sendiri sebagai contoh banjir, tanah runtuh, limpahan sungai dan pelbagai lagi. Malahan baju hujan, payung, empangan, sistem pengairan tentu tidak tercipta.

kite fikir lagi, masalah banjir kite ajukan, biasanya bila sebut banjir, pala otak mesti fikir sungai melimpah la, hakisan la, pokok kurang la dan tidak lupa pada sistem pengairan. Pasal masa belajo kat sekolah dulu, cikgu pun dah bagi tau, nak elak banjir mesti kene tanam byk pokok pasal nak bagi tanah kuat supaya tak berlaku hakisan lalu boleh menyebabkan sungai menjadi cetek dan sempit. Dan perkara tersebut masih berlaku hinnga kini. Itu bukti bahawa kite tak ambil rahmat tu tadi atau mudah kata pelajaran. Tambahan dengan nafsu ikut mahunya manusia ni, selagi bukit boleh di tarah, nak tarah je kejenya. Pemodenanla katakan. Tang sistem pengairan lak, kalau tak efisien, itu sudah salah satu faktor, ditambah lak lagi ngan karenah kite yang suke buang bahan tak sepatutnya ke dalam sistem pengairan tersebut. Bukan takat sampah, silap haribulan mayat pun buleh jumpe. Bila berlaku banjir mula la salahkan alam sekitar atau semula jadi. Walhal tangan kita sendiri yang membuat kerosakan serta tidak amik rahmat atau perlajaran. Fikir fikirkan.

Sambil syok layan fikiran ngan desiran angin hujan yang menyegarkan ni, ditokok lagi ngan asap rokok yang syahdu. Ehhh tau tau hujan dah benti. tgk rokok pun dah kat puntung dah [mujur tak sampai ke tgn]. Aku pun bangun sambil betulkan belikat, geliat lebih kurang pastu capai helmet start moto dan apa lagi.......balik umah la. hehehehehehe [aiseh lupa nak mintak no phone gadis tu]


TAHUKAH ANDA?
fobia kepada hujan digelar sebagai "ombrophobia"

24 Jun 2009

lupa

bila bangkit celik mata
terus bersiap pergi kerja
tatkala nafas disedut setiap masa
namun tetap masih terlupa

dikala perut mula meminta
isian penuh ditunai segera
bila duduk mula selesa
namun tetap masih terlupa

bulan genap waktunya tiba
tangan gatal mula terasa
tatkala terima apa yang dicita
namun tetap masih terlupa

waktu sulit datang melanda
hanya dia terlintas dimata
bila gembira menjadi berita
namun tetap masih terlupa

kasih dia telah ditinta
ada cinta yang ingin dinyata
perlu faham akan isinya
soalnya siapa masih terlupa


TAHUKAH ANDA?
takut kepada lupa atau dilupakan digelar "athazagoraphobia"

20 Jun 2009

cereka peribahasa

ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
kerana nila setitik rosak susu sebelanga
gajah depan mata, kuman diseberang yang dinampak
seperti lembu dicucuk hidung

cakapan sejengkal dibawa sehasta
air setitik dilautkan, tanah seketul digunungkan
guruh berdentum, air tempayan dicurahkan
bagai jelongak kerbau rampung

sudah terang lagi bersuluh
dayung sudah ditangan, perahu sudah di air
kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang

berakit-rakit dahulu, berenang-renang ke tepian,
bersakit-sakit dahulu, berenang-renang kemudian
bara yang digenggam biar sampai jadi arang
duduk sama rendah, berdiri sama tinggi

bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat
bukit sama didaki, lurah sama dituruni
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung


Tahukah anda?
takut kepada pendapat orang lain digelar "allodoxaphobia"

19 Jun 2009

sang merak

titisan hujan mula bergerak
lorekan lopak kian rancak
tarian daun mula berombak
dingin menghembus dikalangan sesak

kelibat manusia kian berasak
mengejar dunia diwaktu lasak
dibumi luas mereka terpacak
mungkin lurus mungkin rosak

naskah lama telah diselak
namun hasil tidak berganjak
apa mungkin tidak digasak
untuk mengerti ataupun tidak

apakah pinggang masih dicekak
untuk meneliti jawapan berpihak
bermegah diri bagai sang merak
tidak hirau keletah sang gagak

jaminankah emas dan perak
pada amanat yang lebih berhak
terang bersuluh masih tak nampak
sesal hujung tidak berguna kelak


TAHUKAH ANDA?
pengumpul duit kerta digelar sebagai "notaphilist"

18 Jun 2009

melankoli

dingin angin membelah sunyi
bayu membelai menghembus sepi
tirai langit menjadi saksi
sinar mentari menjadi paksi

diam kaku tegak berdiri
kelu lidah tidak berfungsi
terkilas bayang yang dikenali
melihat wajah yang di impi

menyapa khabar hajat dihati
ingin diucap tidak berani
terpandang cermin melihat diri
jelas tertera langit dan bumi

bunga puteri dibiar pergi
disudut jauh mata memerhati
redup wajah senyum sendiri
kelam sunyi menggamit hati

dunia sunyi kini sebati
hembusan keluh deras berlari
menongkah langit sambil menyendiri
ceria diukir perit disembunyi


TAHUKAH ANDA?
pengumpul setem digelar sebagai "philatelist"

17 Jun 2009

perubahan

kaki melangkah tiada arah
langit dilihat mata menongkah
hati gusar mula berserah
tuju sasar gerak dikerah

mencari cahaya dikala pasrah
detik bermula ingin berubah
kusut jiwa bercampur marah
impian bernoktah tidak diendah

harapan terletak pada risalah
jawapan tersimpan pada masalah
hikayat purba menjadi kisah
cerita semasa bandingan pengolah

hati keras perlu mengalah
perhati diri betulkan salah
dengar terang biar bertatah
agar gentar terus tabah

keluh dikikis jati diasah
tanah kering berganti basah
benih dipupuk baja dicurah
tumbuh menjulang pohon berhijrah


TAHUKAH ANDA?
pengumpul barangan antik atau lama di gelar sebagai "antiquarian"